Makanan dan pemakanan

Pemakanan
  • kajian semua proses penyerapan dan penggunaan  bahan makanan.Ini termasuk  identifikasi setiap makanan yang diperlukan untuk  tumbesaran
Makanan
  • bahan yang boleh dimakan  dan digunakan oleh bahan untuk melaksanakan fungsinya.
  • makanan mengandungi zat makanan dan apabila dimakan ia digunakan oleh badan untuk mengeluarkan tenaga  bagi mengekalkan suhu badan dan memberi kesan terhadap pergerakanan luar.Membina dan menjaga kesempurnaan tisu badan dan untuk pembiakan.Membekalkan bahan-bahan bagi melaksanakan  pelbagai proses badan.
    • protein            : bahan untuk tumbesaran dan memperbaiki sel-sel rosak,memberi tenaga  dan                          kadang-kadang  disimpan.
    • karbohidrat     : bahan bakar untuk kegiatan sel dan tisu,boleh juga disimpan sebagai lemak.
    • lemak              :  punca asas tenaga,boleh juga disimpan  sebagai lemak.
    • vitamin            :  mengawal proses -proses penting menolong mempercepatkan tindakan balas                        kimia dalam badan,untuk memperbaiki dan menjaga kesempurnaan badan.
    • garam minera   : membekalkan bahan-bahan khas untuk tumbesaran,mengawal proses tertentu                         dalam badan untuk membaiki dan menjaga kesempurnaan badan.
    • air dan pelawas: walaupun kedua-dua bahan ini tidak mengandungi zat makanan tetapi kedua-                        duanya perlu untuk menjaga kesihatan yang baik.
   Protein
  • protein diperlukan untuk tumbesaran  dan menggantikan tisu-sitsu mati.Menolong mensintesiskan enzim dalam makanan.Digunakan sebagai sumber tenaga dan digunakan untuk tugas-tugas utama sahaja iaitu di dalam tumbesaran dan penggantian tisu.
  • sifat protein ialah boleh dipanaskan dengan haba lembap mula membeku antara 70 hingga 80 c.
  • makanan sumber protien terdapat pada haiwan dan digelar protien haiwan iaitu daging pepejal,ternakan ayam,itik,ikan dan tenusu.protien tidak lengkap terdapat pada tumbuhan seperti kacang dan bijirin.
  • kekurangan protien boleh menyebabkan tumbesaran terbantut,luka lambat sembuh,kurang ketahanan terhadap penyakit dan pembentukan otot terbantut dan badan menjadi lemah.

Karbohidrat
  • terbahagi kepada 3 kumpulan iaitu polisakarida,disakarida dan monosakarida
    • polisakarida terdiri daripada kanji,glikogen,pektin,dekstrin dan selulosa.
    • disakarida terdiri daripada sukrosa,laktosa dan maltosa
    • monosakarida terdiri glukosa,fruktosa,galaktosa
  • fungsi karbohidrat ialah memberi haba dan tenaga  kepda badan.satu gram karbohidrat yang dioksidakan dengan lengkap di dalam badan membekalkan lebih kurang empat kalori tenaga.Mengekalkan penyalahgunaan protein  untuk memenuhi keperluan tenaga.karbohidrat yang berlebihan di dalam akan ditukarkan kepada lemak.
  • makana sumber karbohidrat  ialah bijirin,sayur-sayuran kekacang,buah-buahan,gula dan makan bergula.
  • kekurangan karbohidrat menyebabkan kelaparan,badan memggunakan protein yang diambil untuk mendapatkan tenaga,badan menggunakan lemak simpanan untuk memberi haba dan tenaga,dan menyebabkan berat badan berkurangan. 
Lemak
  • terdir daripada gliserol dan gliserin yang bercantum dengan asid lemak.semua lemak mengandungi unsur karbon,hidrogen dan oksigen.
  • jenis-jenis asid lemak  asid lemak tepu tidak boleh menyerap hidrogen.asid lemak tidak tepu mengandungi kurang hidrogen.minyak adalah lemak yang mempunyai aras asid lemka yang tinggi pada suhu bilik dan boleh menrunkan paras kolesterol darah.asid lemak yang diperlukan terdapat 3 jenis iaitu linolik,linolinik dan arakaidonik.antara ketiga-tiga ini,didapati asid linolik tidak boleh disintesiskan dalam badan dan dengan  itu mestilah dibekalkan  dalam makanan.
  • sifat-sifat lemak ialah dalam bentuk pepejal atau cecair.lemak tidak tidak larut dalam air dan lebih ringan dari air,tetapi ia larut dalam pelarut seperti eter,kloroform,benzena dan karbon disulfida.haba lembab menyebabkan lemak menggelegak dan bersembur sementera haba kering mencairkan lemak dan minyak pada suhu yang berbeza.jik dipanaskan berpanjangan lemak akan berasap dan terbakar.
  • fungsi lemak ialah membekalakan tisu lemak terutama di bawah permukaan kulit dan dikeliling organ dalam otot untuk mencegah atau mengelakkan kehilangan haba berlebihan,dengan itu ia mengawal suhu badan  pada paras yang tetap.asid lemak yang terdapat dlama lemak adalah berguna untuk badan
  • .makanan sumber lemak ialah mentega,marjerin,lemak dan minyak dari haiwan dan sayur-sayuran.lemak haiwan dan sayur-sayuran terdapat dalam bahan seperti daging,hati ikan,susu dan hasilannya seprti keju,krim.telur,buah zaitun dan buah pear avocado.
  • kekurangan lemak menyebabkan seseorang itu cepat lapar dan kulit kurang elok dan tumbesaran badan berkurangan.

PIRAMID MAKANAN